Assalamualaikum . Lama tak berblogging . Rindu pulak rase
nak menaip . Tak sangka , pantas waktu berlalu , sedar tak sedar , kita semua
dah di pertengahan bulan Ramadhan . 15 Ramadhan sudah , Ya Allah sampaikanlah
kami ke hari terakhir Ramadhan dan ketemukanlah kami dengan Ramadhan yg akan
datang . Amin . Okey ,sebelum ni aku dah update pasal jodoh , pasal Muhammad
Izzat Aizuddin bin Razlan kan ? Masuk hari ni dah 2 bulan 12 hari dah . Dan aku
dah mula sayangkan dia sangat2 , dia buat aku selalu percayakan dia , dan aku
takut untuk kehilangan dia , semoga hubungan kami kekal hingga ke jinjang
pelamin , Amin . Ya allah kau tetapkanlah dia untuk aku didunia dan diakhirat
kerana aku sungguh-sungguh menyayangi dia Ya Allah . Jangan jauhkan dia dariku
Ya allah . Amin . Okeyy laa , dalam
fikiran aku sekarang ni aku cuma nak update tentang berita semasa dunia sahaja
. Agak-2 pasal apa ? FIFA ? tak , tak penting pun FIFA tu bagi aku untuk
diupdate kisahnya . Meskinpun aku boleh dikatakan selalu jugak tengok FIFA .
Sebenarnya , aku nak update pasal BUMI PALESTINE . Kesian mereka . Ya Allah ,
hancur rasa hati ni bila lihat di kaca tv berita tentang Palestine , Gaza . Bumi
mereka dibasahi lagi dengan darah merah para penghuni bumi disana . Kematian
sentiasa menanti mereka . Kita disini sentiasa merungut itu ini tentang
kehidupan kita . Tapi mereka ? Hari-hari mereka berdepan dengan kematian .
Kematian yg tidak mengira usia . Sebak . Ya Allah , kenapa kejam sangat Israel
, mana pergi hati manusia mereka ? Ya Allah , kau berilah kejayaan kepada
Palestine . Kau bebaskanlah bumi mereka dari serangan Israel si syaitan yg
bertopengkan manusia . Aku tak sanggup melihat tangisan anak kecil yg
kehilangan ibu dan ayahnya . Aku tak sanggup lihat kematian si kecil di sana ,
aku tak sanggup melihat tangisan ibu bapa disana yg kehilangan anak mereka .
Hati ni turut tersentuh melihat mereka . Kadang aku terbayang sebentar , apakah
yg akan aku lakukan jika aku yg berada di tempat mereka ? adakah aku kuat untuk
menghadapi hari-hari yg mendatang seperti disana ? Apa mungkin bisa aku hidup
dengan keadaan seperti bumi Palestine ? Kehilangan orang2 yg aku sayang pun aku
tak sudah jatuh lemah ,, Ya Allah , andai suatu hari nanti keadaan Bumi
Malaysia seakan keadaan di Bumi Palestine , kuatkanlah aku untuk menghadapi
saat-2 getir itu . Ya Allah kau matikanlah aku dalam keadaan yg syahid . Amin .
Mungkin ini sahaja catatan buat kali ini . Semoga Ramadhan kalai ini lebih baik
dari yg sebelumnya . Muhasabbah diri dalam Ramadhan kali ini . Cuba buat satu
penghijraan baru . Jihad . Lawan nafsu tu :’) Semoga kita dipertemukan dengan
malam lailatulqadar . Amin . Assalamualaikum .