Saturday 12 July 2014

Darah Palestine




Assalamualaikum . Lama tak berblogging . Rindu pulak rase nak menaip . Tak sangka , pantas waktu berlalu , sedar tak sedar , kita semua dah di pertengahan bulan Ramadhan . 15 Ramadhan sudah , Ya Allah sampaikanlah kami ke hari terakhir Ramadhan dan ketemukanlah kami dengan Ramadhan yg akan datang . Amin . Okey ,sebelum ni aku dah update pasal jodoh , pasal Muhammad Izzat Aizuddin bin Razlan kan ? Masuk hari ni dah 2 bulan 12 hari dah . Dan aku dah mula sayangkan dia sangat2 , dia buat aku selalu percayakan dia , dan aku takut untuk kehilangan dia , semoga hubungan kami kekal hingga ke jinjang pelamin , Amin . Ya allah kau tetapkanlah dia untuk aku didunia dan diakhirat kerana aku sungguh-sungguh menyayangi dia Ya Allah . Jangan jauhkan dia dariku Ya allah . Amin . Okeyy laa ,  dalam fikiran aku sekarang ni aku cuma nak update tentang berita semasa dunia sahaja . Agak-2 pasal apa ? FIFA ? tak , tak penting pun FIFA tu bagi aku untuk diupdate kisahnya . Meskinpun aku boleh dikatakan selalu jugak tengok FIFA . Sebenarnya , aku nak update pasal BUMI PALESTINE . Kesian mereka . Ya Allah , hancur rasa hati ni bila lihat di kaca tv berita tentang Palestine , Gaza . Bumi mereka dibasahi lagi dengan darah merah para penghuni bumi disana . Kematian sentiasa menanti mereka . Kita disini sentiasa merungut itu ini tentang kehidupan kita . Tapi mereka ? Hari-hari mereka berdepan dengan kematian . Kematian yg tidak mengira usia . Sebak . Ya Allah , kenapa kejam sangat Israel , mana pergi hati manusia mereka ? Ya Allah , kau berilah kejayaan kepada Palestine . Kau bebaskanlah bumi mereka dari serangan Israel si syaitan yg bertopengkan manusia . Aku tak sanggup melihat tangisan anak kecil yg kehilangan ibu dan ayahnya . Aku tak sanggup lihat kematian si kecil di sana , aku tak sanggup melihat tangisan ibu bapa disana yg kehilangan anak mereka . Hati ni turut tersentuh melihat mereka . Kadang aku terbayang sebentar , apakah yg akan aku lakukan jika aku yg berada di tempat mereka ? adakah aku kuat untuk menghadapi hari-hari yg mendatang seperti disana ? Apa mungkin bisa aku hidup dengan keadaan seperti bumi Palestine ? Kehilangan orang2 yg aku sayang pun aku tak sudah jatuh lemah ,, Ya Allah , andai suatu hari nanti keadaan Bumi Malaysia seakan keadaan di Bumi Palestine , kuatkanlah aku untuk menghadapi saat-2 getir itu . Ya Allah kau matikanlah aku dalam keadaan yg syahid . Amin . Mungkin ini sahaja catatan buat kali ini . Semoga Ramadhan kalai ini lebih baik dari yg sebelumnya . Muhasabbah diri dalam Ramadhan kali ini . Cuba buat satu penghijraan baru . Jihad . Lawan nafsu tu :’) Semoga kita dipertemukan dengan malam lailatulqadar . Amin . Assalamualaikum .